A TaLe to ReMemBeR **ummi-aqilah.blogspot**

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :" Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri".

4:03 PM

Toyota Vios Vs Honda City

Posted by wany

vios vs city
1. Enjin baru ivtec mempunyai kuasa 120PS berbanding yg lama 110PS. enjin vios 109PS. honda cakap enjin ivtec lebih berkuasa dari ivtec tapi hakikatnya kelebihan power tu cuma datang pada max rpm iaitu sekitar 5,500-6,000rpm saja. utk kegunaan biasa kuasa berlebihan tu tak terasa bezanya.

vios
vs
city


2.Walaupun enjin honda city baru lebih 10% (dari 110-120PS @ 88kW) tetapi berat juga meningkat 10% dari city lama ke city baru (skrg 1150kg). jadi power to weight ratio tak de beza dengan vios.

  • vios berat 1.050kg. power 80kW. nisbah 13.1:1
  • city berat 1,150kg. power 88kW. nisbah 13.1:1

serupa. kelebihan kuasa enjin city tak membawa apa2 makna kerana peningkatan berat.

3. Honda city lama mempunyai gearbox yang cukup bagus iaitu CVT dgn 7 pre-set ratios (virtual speed). semasa itu honda mengatakan gear CVT adalah yang terbaik. mengapa kini mereka kembali ke gearbox automatik konvensyenal? antara sebabnya ialah gearbox CVT ada isu reliabiliti.

4. Gearbox honda city mempunyai 5 kelajuan berbanding 4 kelajuan. tetapi gear kelima hanya akan masuk secara automatik bila kereta dipandu pada kelajuan sederhana tinggi (cth 90kmh ke atas) dan kelajuan berupa malar bukan berbeza-beza.

so di dalam kota spt KL, JB atau penang gearbox 5 kelajuan macam useless dan tidak membawa pada apa2 penjimatan minyak/petrol

5. Toyota vios mempunyai pusingan yang lebih kecil iaitu 4.9m. city memerlukan 5.0m vios lebih mudah dikendalikan di tempat sempit.

6. Harga city baru lebih mahal dari city lama iaitu meningkat 10%.

7. Lantai penumpang honda city berbonggol di bhg belakang dan menimbulkan ketidakselesaan pada penumpang ketiga. pada toyota vios ianya hampir rata.

8. Toyota vios bermula pada harga serendah 69K. honda city bermula pada harga sekitar 80K.

9. Toyota vios mempunyai 5 versi pilihan iaitu J manual, J auto, E auto, G auto dan S auto. city cuma ada 2 iaitu S dan E spec.

10. Toyota vios mempunyai pilihan gear manual. honda city tiada.

11. Toyota vios  mempunyai versi sporti rasmi, iaitu model TRD. Honda city belum tahu ada atau tidak model mugen atau City Type R.

dari kebanyakan sudut lain tak banyak beza antara vios dan city. ini termasuklah saiznya
lebar cuma berbeza 5mm, jarak antara roda yang serupa iaitu 2550mm dan tinggi berbeza 10mm.

waranti juga serupa iaitu 3 tahun atau 100,000km yang mana terdahulu. kedua2 vios dan city menggunakan sistem pemasaan enjin bolehubah dan tidak menggunakan timing belt.





6 comments:

UNAI said...

buat kajian tuee... bila vios ang nak kuar? amik kaler apa?hehe..

wany said...

Insyaallah hujung minggu nie kuar ar.. :).. kaler itam..

Kimizo said...

aku pun tak tau nak pilih city ke vios
dilema gak ni

wany said...

kimizo.. buat pilihan terbaik.. vios br harga agak mahal sikit.. city lg cun pd pandangan mata.. :)

ari said...

wife sy beli new city,
then sy br j bli trd,
hari2 wife sy bwa trd.. haish.........
dia kata city keras, tp trd selembut sutera..
suspention pn syok.. minyk jimat, city pnya design lama2 tgk x cntik plak..
aku plak kena bawa city tu. hadoii aii..

wany said...

ari : ok lar dah dpt rs bw dua2.. n tau sendiri bezanyer.. rsa2 xcantik dah city tu juai jer.. :).. ambk altis baru.. wahaha..

Post a Comment

CaDangan @ pendapat anda ..