A TaLe to ReMemBeR **ummi-aqilah.blogspot**

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :" Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri".

Assalamualaikumm.. salam kembali menjelma.. setelah kesibukan melanda sampai xmenang tangan handle dua buah rumah dalam masa yg sama.. satu rumah 1st beli bg sewa , rumah second utk duduk sendiri.. Alhamdullilah rumah pertama dah pun ada penyewa seramai 7org setakat ni. mai kita tgk apa yg ada disana...   
                                                                 VIEW DEPAN

                                                            VIEW RUANG TAMU

                                                              
                                                                         DAPUR
                                                                       BILIK
Buat ala hostel n fully furnish.. masih ada 3 kekosongan.. if ade sesapa yg mencari boleh sebar2kan.. especially to student politeknik sultanah bahiyah..rumah nie mmg dkt sgt dgn poli dan tunngu kelulusan dr pemaju jer utk buh wifi. buat yg berminat hubungi saya segera.



Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.





2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

11:41 AM

Hakikat Doa

Posted by wany

Ada satu kisah penduduk Basra yang pada masa itu sedang dilanda masalah sosial. Kebetulan mereka didatangi oleh ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Penduduk Basra pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham.

"Wahai Abu Ishak (gelaran Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam al-Qur'an agar kami berdoa. Kami penduduk Basra sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah?".

Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basra, kerana hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah?".
1. Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
2. Setiap hari kalian membaca al-Qur'an, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya.
4. Setiap hari kalian membaca ta'awuz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikut langkahnya.
5. Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justeru bertentangan dengan keinginan itu.
6. Kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justeru mencampakkan diri kalian sendiri ke dalamnya.
7. Kalian mengakui bahawa maut adalah satu kepastian, tetapi pada kenyataannya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8. Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
9. Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
10. Kalian sering menguburkan jenazah saudara kalian, tetapi kalian tidak mengambil pelajaran daripadanya.
"Wahai penduduk Basra, ingatlah sabda Rasulullah saw, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dimakbulkan. Kalian harus tahu bahawa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main".



Usaha Dan Doa
Usaha tanpa doa adalah kesombongan dan doa tanpa usaha adalah kebohongan. Doa dan usaha adalah dua hal yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mencapai tujuan kita. Kita juga tidak boleh hanya berusaha sahaja tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu sama ada usaha kita berjaya atau tidak.
Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat menghasilkan sesuatu tanpa pertolongan daripada Allah swt.

4:35 PM

Baiti JannaTi

Posted by wany

Syukur Alhamdullilah.. proses pembelian rumah ke-2 berjalan lancar.. rumah pertama niatnyer nak bagi sewa jer.. dlm proses utk dapat O.C.. kecewa dgn SPNB rumah yg dibeli sejak 2009 lagi blum lg dpt kunci,, so ambik kptsn utk tidak tinggal disitu n bli rumah ke-2.. Insyallah dal bulan mac 2013. dapat ler merasa duk rumah sendiri... mudah2an segalanya berjalan lancar.


mai kita tgk rumah pertama vs rumah kedua




tak sabar nak pindah rumah sendiri setelah 5 tahun menyewa.. rugi tau byr rumah org.. baik kita byr rumah sendiri jer.. k daa.. semoga kengkawan lain ada usaha utk bli rumah sendiri k.


12:52 PM

baRu.. Baru..

Posted by wany

Salam.. lama betul tak update cite2 menarik yg berlaku.. maklum ler bz.. yg paling terbaru.. Insyallah dalam proses utk dapatkan rumah ke-2 plak.. rumah pertama dulu dalam proses utk dapt CF. Insyallah rumah ke-2 nk yg bsr ckit.. ada rezki dpt double storey. amin.



Tiket ke sabah dah pun dah dapat utk cuti2 april tahun depan.. tetiba smlm abg sulong suggets.. bila dh p sabah trus ke BRunei... ermm.. menarik tu..alang2 dah ke sabah.. trus g brunei jer.. tak sabar rasanyer nk kesana.. bila lagi nak cuti2 luar negara plak..






negara jiran jerkan.. kena pg melawat tgk apa yg menarik dsana..k kita jumper lain kali.