A TaLe to ReMemBeR **ummi-aqilah.blogspot**

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :" Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri".





Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula pukul 1 pagi di pekarangan Masjid Negara di sini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim berkata beberapa aktiviti akan diadakan termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet musytari, zuhrah dan marikh.

Dipetik Bernama Online, Jakim berkata kehadiran orang ramai dialu-alukan bagi meraikan program tersebut yang dianjurkan bersama Agensi Angkasa Negara.
Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari pukul 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.




Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.


Bulan memasukki *penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52
Bulan memasukki *umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
Permulaan kesempurnaan: 2011 Jun 16 03:21:57
Gerhana Maksima: 2011 Jun 16 04:12:24
Berakhir kesempurnaan : 2011 Jun 16 05:02:50
Bulan meninggalkan umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
Bulan meninggalkan penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02
Magnitiud Umbral : 1.705
Magnitiud Penumbral: 2.712
Tempoh Fasa keseluruhan : 1h 40m 52s
Tempoh Fasa umbral : 3h 39m 58s
Tempoh Fasa
penumbral: 5h 39m 10s
*PĂ©numbra : kawasan yg sebahagiannya gelap di sekeliling bayang­bayang sesuatu objek legap;

*Umbra : bahagian bayang yg sangat gelap (bayang bumi atau bulan).
Disunatkan umat islam semua lakukan solat sunat gerhana bulan.

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! (Solat berjemaah )
Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)
ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi :-
2 rakaat,
4 al-Fatihah,
4 rukuk,
4 sujud.
Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

10. Salam 


Selamat Beramal..






0 comments:

Post a Comment

CaDangan @ pendapat anda ..