A TaLe to ReMemBeR **ummi-aqilah.blogspot**

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :" Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri".

10:40 AM

Tree Top WaLk at Sungai SediM

Posted by wany

Cuti2 kali nie di lokasi dekat jer.. dalam daerah kulim juga.. cuti nie sebenarnya seminggu sebelum CNY lg.. baru ada masa nk update.. Coz masa CNy kami baliik kg.. n bercuti panjang dikelate.. sedikit info mengenai sedim..

Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak. Di sini juga tempat berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa. Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang.


Lokasi :
Kulim, Kedah
Terletak 33 km dari Bandar Kulim dan 130 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri atau teksi dari Bandar Kulim atau Pekan Karangan ataupun pekan Kuala Ketil.


sejuk mata memandang.. subhanallah.. indahnya ciptaan ilahi.. sesejuk jua airnya

papa org paling awal turun mandi
 Aqilah hanya mampu pandang air.. tidur jer sepanjang perjalanan kesini.. mamai lagi..
xmau pun turun ke air
 Adik ipar a.k.a adik en hubby iaitu fadlie.. join kami skali


harus ade.. aku.. a.k.a ummi aqilah
 dua beradik menyelam..
ingatkan dapat tgk air terjun depan mata.. tapi jauh nun diatas sana.. xdaya naik atas.. ngn aqilah yg masih nk dukung jer.. kami mandi2 n rehat kat bawah jer..




0 comments:

Post a Comment

CaDangan @ pendapat anda ..