Ada orang bertanya tentang beza dan kelebihan unit amanah tajaan kerajaan, ASB (amanah saham bumiputera) berbanding dengan amanah saham swasta contohnya Public Mutual. Di sini saya hanya akan ringkaskan penerangan tentang perbezaan dan kelebihan masing2. Bukan niat saya untuk merendah-rendahkan mana-mana dana pelaburan. Hanya sekadar untuk memberi gambaran ilmiah kepada para pelabur.
1. ASB adalah dana milik penuh kerajaan untuk etnik bumiputera sahaja di Malaysia. Manakala unit amanah swasta adalah di bawah pengurusan syarikat swasta terutamanya bank-bank terkemuka yang dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
2. Nilai aset bersih (NAV) seunit bagi ASB adalah sentiasa pada kadar yang tetap iaitu RM 1 untuk satu unit. Manakala nilai aset bersih (NAV) seunit amanah saham swasta adalah tidak tetap (volatile) yang membenarkan para pelabur mendapat bilangan pegangan unit yang lebih banyak dengan harga belian se-unit dana yang lebih rendah.
3. Principal atau wang pelaburan tidak terdedah kepada naik turun harga se-unit dana, maka wang pelaburan para pelabur adalah di jamin selamat di dalam pelaburan ASB. Begitu juga untuk pelaburan unit amanah tajaan swasta, principal adalah di jamin selamat dengan syarat para pelabur tidak membuat jualan panik apabila harga se-unit dana mulai menurun.
4. Para pelabur mempunyai akses segera terhadap akaun pelaburan mereka seumpama akaun simpanan di bank-bank. Cuma bezanya tiada kemudahan kad ATM. ASB menawarkan konsep pengeluaran (jualan balik) segera kepada para pelabur (tunai). Manakala, bagi unit amanah swasta mengambil masa 10 hari berkerja untuk proses pembayaran dari tarikh jualan balik dana (dibayar dalam bentuk cek).
5. ASB hanya menawarkan satu bentuk pulangan iaitu dividen atau income distribution. Tiada pulangan dalam bentuk capital gain kerana tidak terdapat naik turun pada harga se-unit dana. Manakala, unit amanah swasta menawarkan 2 bentuk pulangan iaitu capital gain dan income distribution. Para pelabur boleh menjual balik pelaburan mereka pada harga se-unit dana yang lebih tinggi berbanding harga belian. Seumpama untung runcit. Dividen akan diisytiharkan apabila berakhir tahun kewangan untuk dana tersebut.
6. Kedua-kedua model unit amanah ini adalah mengaplikasikan konsep compound interest.
7. ASB terdedah kepada pelaburan yang diklasifikasikan menjalankan aktiviti perniagaan yang menepati syariah. Manakala, unit amanah swasta mempunyai dana-dana pelaburan yang tidak menepati kehendak syariah.
8. Kos pembelian unit amanah tajaan kerajaan adalah lebih rendah berbanding kos pembelian unit amanah swasta.
9. Tiada istilah klasifikasi pelabur dalam unit amanah tajaan kerajaan seperti agressive, moderate atau sebagainya kerana pelaburan dalam unit amanah tajaan kerajaan adalah untuk melindungi principal para pelabur. Sebaliknya, untuk unit amanah swasta para pelabur akan diklasifikasikan sebagai pelabur agressive, moderate dan sebagainya berdasarkan profil risiko yang mereka pilih. Lebih tinggi risiko maka lebih tinggi pulangan. Risiko yang dimaksudkan di sini bukan risiko kehilangan principal tetapi risiko terdedah kepada naik turun pasaran semasa.
10. Matlamat pelaburan dalam istrumen unit amanah adalah untuk memiliki sebanyak mungkin unit dalam mana-mana dana yang dilaburkan. Maka, terdapat beberapa strategi yang membenarkan pemilikan unit yang lebih banyak ditawarkan oleh unit amanah swasta sebagai contoh unit split (pecahan unit), Dollar Cost Averaging (DCA), fund switching dan sebagainya. Sebaliknya, strategi ini tidak ditawarkan dalam unit amanah tajaan kerajaan (ASB).
Begitulah 10 kelebihan dan perbezaan yang dapat saya huraikan untuk post kali ini. Jika ada tambahan, jangan segan-segan bagi komen kat bawah yer..
7 comments:
dlu ada jgk amik CIMB Wealth Advisors, tp tak merasa untg byk sbb berenti awal..
naper plak berenti awal.. tapi, ada sumber mengatakan pelaburan CWA tu secara konvesional.. so lebih baik kita ambik yg islamic.
salam...saya baru jadi agen public mutual...public mutual ni melabur dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun baru nampak kelebihan dia dari segi pulangan...boleh je nak jual beli selalu...tapi lebih elok kalu disimpan untuk jangka masa panjang untuk kegunaan masa depan....
syuzana>> ohhh agen public mutual.. tq bagi komen.. boleh lar syer pendapat yer.. saya pun baru lg join dlm pelaburan nie.
salam,
saya pulak agen CIMB Wealth Advisor. pasal shariah comply ke tak terpulang pada fund yang dipilih. saya cuma buat yang shariah sahaja. Return untuk CIMB Wealth Advisor Dana Dali (Shariah) utk 2010 agak baik pada 23.68%.
more info visit : http://cwainvestment.blogspot.com.
@SYUZANA tumpang tanya, klau saya melabur sekarang dalam pbbond , agaknya bila bleh dpt 5% pulangannya? dan jga pbbf ngan pbdynaf...
salam, just nk bg info. unit trust sebenarnya pelabur boleh pilih dana sama ada syariah @ non-syariah. ad je islamik fund kat UT ni kalau nk invest yg menepati syariah. lg satu, ASB sebenarnya klu ikut suruhanjaya sekuriti malaysia, sebenarnya hanya 70% invest dlam dana yg menepati syariah. lg 30% tidak. contohnye 3% dilabur dlam british american tobacco. tp majlis fatwa kata harus sebab ramai bumiputra islam invest dlam tu. jd, kalau difatwakan haram, maka ramai akan undur diri dr asb sekaligus boleh menjejas stabiliti ekonomi negara. bukan nak mengata mana2 pihak la kan, tp klu dipikir sendiri, kalau dulu ye la harus sebab xde medium lain utk org islam malaysia nak invest. tp skarang dh byk dana islamik yg ditawarkan dr bank2, tabung haji dsb...so kita boleh nilai sendiri...kesimpulannya di sini, saya x setuju dengan info no 7 tu hehe
Post a Comment
CaDangan @ pendapat anda ..