A TaLe to ReMemBeR **ummi-aqilah.blogspot**

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW :" Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri".

11:38 AM

kandungan luar rahim

Posted by wany

Ramadhan yang lalu..
1 minggu sebelum puasa tahun lepas.. nak kongsi pengalaman mengandung luar rahim nie.. waduhhh. sakit bangat.. Pada hujung bln 8 2009 tunggu2 time period tak juga muncul.. Bila buat UPT +ve... Cepat jg aku dpt 2nd baby nie..

Selang 1minggu lepas 2.. tetiba turun darah.. aku relax je lar.. ingat cam biasa jer.. coz pregnant anak sulong, mmg turun darah.. 2day lepas tu plak.. sakit perut cam senggugut.. aku dah mula risau.. naper lak nie.. last2 aku trus p hospital kat emergency case.. dipendekkan crite aku aku kena refer ke GH.. kat GH bila scan br dpt tau "ectopic pregnancy" aku dah takut.. Dr suruh aku buat pilihan nak operate or injured ubat untuk gugurkan kandungan tu.. aku ngn husband trus call mum n tanya pendapat.. mum kata, better injured ubat jer coz operate maybe ada problem lak pas 2.. aku tell Dr. utk injured jer..

7jam pas injured baru ada efectnyer.. waduh.. sakitnya bukan kepalang.. sama cam sakit bersalin.. aku siap muntah-muntah.. tak tahan aku.. aku trus kasi tau kat nurse n trus dia bg ubat tahan sakit.. baru lah lega.. oh yer.. bila dah injured ubat 2 kena tunggu 4hari br bleh tau result.. sama ada gugur or tak kandungan tu.. dah lar 4 hari duk ward.. esoknya dah nak puasa.. dpt result,frust gileer.. xgugur jg.. so Dr. nak operate.. katanya kalau dibiar lama, lg bahaya.. aku redha..

Pada mlm 1 Ramadhan 1430h aku dibawa ke bilik Operation.. pabila ubat bius dimasukkan.. lampu bulat2 kat bilik bedah tu dinyalakan aku trus diawang-awangan.. tak sedar .. tetiba aku dikejutkan.. kata nurse dah selesai.. untuk pengetahuan semua operation tu diberi nama laparoscopy.. hanya 3 line kecil dibahagian perut dibuat.

Alhamdullilah aku selamat.. rasa pening2 kpala jer ckit.. esoknya aku dah bleh balik.. Sebelum ni tak penah pun aku ambik tau.. apa tu pregnant luar rahim nie.. kepada smua jom kita knal ckit apa dier.. Ectopic Pregnancy nie..



~~~



Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim.


Faktor risiko
Berikut ialah hal-hal yang meningkatkan risiko seseorang wanita mendapat kehamilan luar rahim:

a)Pernah mendapat jangkitan kuman pada kawasan pelvis (penyakit radang pelvis)
b)Pernah mengandung luar rahim sebelum ini
c)Pernah mengalami keguguran kandungan
d)Penggunaan alat perancang kehamilan dalam rahim (intrauterine contraceptive device)
e)Pembedahan pelvis
f)Bertukar-tukar teman seks/seks bebas
g)Usia yang semakin tua


Petanda dan simptom yang boleh dialami
Dalam keadaan biasa:

a)Tiada haid (kerana mengandung)
b)Pendarahan dari vagina (biasanya sedikit sahaja)
c)Sakit pada bahagian pelvis yang berlarutan
d)Jika berlaku kandungan tuba yang baru pecah:


e)Pitam
f)Pening kepala
g)Denyutan nadi yang laju
h)Tekanan darah yang rendah
i)Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma

0 comments:

Post a Comment

CaDangan @ pendapat anda ..